Sejarah Asal Usul Kopitiam Yang Ramai Tak Tahu - Revesery -->

Sejarah Asal Usul Kopitiam Yang Ramai Tak Tahu

Sejarah Asal Usul Kopitiam Yang Ramai Tak Tahu - Kopitiam atau ‘kopi tiam’. Kopi (Melayu) dan Tiam (Dialek Hokkien yg bermaksud Kedai).

Saya pun baru tau.. 

Siapa suka makan di Kopitiam?  Kongsikan apa menu yang korang suka.

Kopitiam adalah kedai kopi yang popular di Malaysia dan Singapura. 

Sejarah Asal Usul Kopitiam Yang Ramai Tak Tahu

Sampai la ni, perkataan ‘kopitiam’ sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat kita.

Kedai kopitiam ada di merata-rata tempat tak kira di pusat beli-belah, baik di pasar raya mahupun di pekan kecil.

Sejarah permulaan kopitiam bermula dengan migrasi orang Hainan (Hailam) dari Pulau Hainan di selatan negara China. 

Mereka adalah kumpulan dialek Cina antara yang agak lewat datang ke Asia Tenggara, iaitu pada tahun 1850an.

Pada masa itu, kumpulan dialek lain seperti Hokkien, Cantonese & Teochew yang tiba lebih awal telah berkecimpung dalam bidang pertanian & perdagangan.

Oleh itu, migran Hailam terpaksa mencari pekerjaan lain seperti bekerja sebagai tukang masak, pelayan kedai makan atau orang gaji di hotel, restoran, kedai roti dan juga sebagai orang gaji di rumah orang orang kaya Eropah.

Ada juga orang Hailam yang bekerja sebagai operator kantin di pangkalan tentera British malahan ada yang bekerja sebagai tukang masak di atas kapal.

Selepas Perang Dunia Kedua, keadaan ekonomi terus meleset dan peluang pekerjaan di hotel atau dengan keluarga Eropah atau syarikat Eropah sangat berkurangan.

Oleh itu, dengan berbekalkan pengalaman bekerja dengan orang Eropah dan juga di hotel hotel, orang Hailam ini kemudiannya telah membuka kopitiam mereka sendiri.

Kopitiam tradisional kebanyakkannya di usahakan oleh ahli keluarga Hailam sendiri dan diwarisi dari generasi ke generasi. 

Pada tahun 1960an, lebih kurang 90% kopitiam di Malaysia diusahakan oleh orang keturunan Hailam.

Menu kopitiam biasanya ada telur separuh masak, roti bakar sapu mentega & kaya dan juga chicken chop stail Hailam. Minuman yang popular ialah teh atau kopi Hailam, kopi dan teh biasa.

Semoga bermanfaat..Suka berkongsi info semoga orang lain juga dapat tahu..

Sekian Sejarah Asal Usul Kopitiam Yang Ramai Tak Tahu


Ada pertanyaan? Silahkan komentar

Posting Komentar

Revesery.com

Revesery.com

download file ini untuk mencoba: 

Revesery.com

Revesery.com

 *info aja: klo aku biasanya beli followers asli manusia  disini

Jika kalian penasaran, kalian bisa mencoba produk dibawah ini:

 Download ==>>